Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Korporat Latar Belakang

   

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan pewujudan jawatan Akauntan Negara di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Mengikut rekod jabatan, jawatan Akauntan Negara yang pertama telah disandang oleh En. G.G.T Browne dalam tahun 1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui oleh seramai 12 orang Akauntan Negara. Pada tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil alih oleh seorang anak tempatan. Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan sejajar dengan perubahan yang berlaku kepada sektor awam. Berasal dari satu Bahagian yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka/Jalan Tun Perak (Mountbatten Road) di Kuala Lumpur, dan seterusnya berpindah ke Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, dan seterusnya berpindah ke Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kula Lumpur. Kini JANM telah berpusat di Putrajaya dengan terdiri daripada lapan (8) bahagian setelah Bahagian Kumpulan Wang Amanah Pencen telah diperbadankan sebagai badan berkanun di bawah Akta Kumpulan Persaraan 2007 (Akta 662) berkuatkuasa 1 Mac 2007. Selaras dengan objektif JANM yang mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pelanggan,JANM kini telah berkembang kepada 25 buah cawangannya diseluruh Malaysia. Salah sebuah cawangannya ialah Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sembilan (JANMNS) yang terletak di Tingkat 10 & 11, Banguan Wisma Persekutuan,Seremban, Negeri Sembilan.

Berikut adalah senarai Pengarah yang berkhidmat di JANM Negeri Sembilan dari 1977 sehingga sekarang :-

Bil. Nama Tahun
1 En. P. Karuppanan 1977 - 1979
2 En. Hussin B. Hj. Ahmad 1979 – 1980
3 En. Hasni B. Harun 1980 – 1981
4 En. Abdul Rahman B. Othman 1981 – 1983
5 Pn. DevantriKaur a/p Santa Sigh 1983 – 1985
6 En. Pukhari B. Samsuri 1985 – 1993
7 En. Abdul Hassan B. Mohmad 1993 – 1995
8 Cik Noraini Bt. Hj. Alias 1995 – 1997
9 En. Kamal Bahari B. Hj. Ramli 1997 – 2002
10 En. Mohd Yusof B. Wahid 2002 – 2004
11 En. Kamal Bahari B. Hj. Ramli 2004 – 2005
12 Pn. Noraini Bt. Hj. Alias 2005 – 2011
13 Cik Kalthom Bt. Salim 2011 – 2014
14 Pn. Zuraidah Bt. Othman Akbar 2014 – 2017
15 En. Mohamad Nor Azam Bin Sabtu 2017 - Jun 2020
16 Pn. Masayu Binti Mustafa Julai 2020 – Jun 2022
17 Pn. Rosnani Binti Mohamad @ Ahmad Ogos 2022 - Kini