rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Semua Ketua Jabatan
Jabatan Persekutuan Negeri Sembilan

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.       Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Sembilan memohon kerjasama semua PTJ untuk mengambil tindakan seperti yang dinyatakan pada Surat Arahan Operasi Bil. 2 Tahun 2026 sebagai persediaan operasi Penutupan Akhir Tahun 2026.

3.       Sehubungan dengan itu, semakan kepada laporan yang berkaitan adalah perlu bagi mengenalpasti transaksi yang perlu diselesaikan dan disempurnakan. Selain itu, semua PTJ diminta untuk sentiasa mengambil tindakan segera kepada sebarang pemakluman dalam saluran Telegram PTJ JANM Negeri Sembilan. 

4.     Bersama - sama ini dikemukakan Surat Arahan Operasi JANMNS Bil 2 Thn 2026 untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan selanjutnya.  [KLIK DI SINI]

5.     Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan jabatan ini di talian 06-7686800.

 
Sekian, terima kasih.
 
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"