rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Semakan Jabatan ini mendapati bahawa Jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan masih belum mengemukakan Sijil Pengesahan Baki dan Penyata Penyesuaian Vot, Terimaan, Deposit dan Amanah bagi bulan Januari 2024 hingga Oktober 2024 seperti di Lampiran A. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara di atas, pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan, boleh menghubungi pegawai berikut:

a) Sijil Pengesahan Baki Vot/ Amanah
    Pn. Mas Wasilah binti Karim ( 06- 7686835)

b) Sijil Pengesahan Baki Terimaan dan Deposit
    En. Jasmee bin Kasim ( 06- 7686830)

3. Bersama - sama ini dikemukakan Surat Peringatan Sijil Pengesahan Baki dan Penyata Penyesuaian Vot, Terimaan, Deposit dan Amanah bagi bulan Januari 2024 hingga Oktober 2024 untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan selanjutnya. [KLIK DI SINI]

Sekian, terima kasih.

Unit Akaun JANMNS