Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN JANM NEGERI / CAWANGAN TAHUN 2023

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada emel BPOPP iaitu BPOPP/SPO (Emel)/2023 (331) bertarikh 20 Oktober 2023. 

2.    Dimaklumkan bahawa satu Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2023 akan diadakan bermula 16 Oktober 2023 (Isnin) sehingga 16 November 2023 (Khamis). Sehubungan itu, semua PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan adalah dijemput untuk menjawab kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan di JANM Negeri/ Cawangan termasuk Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF).

3.  Untuk makluman  YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan cadangan bagi respondan yang menjawab kajian ini bagi setiap JANM Negeri (Sederhana) minimum adalah seramai 150 orang respondan. Oleh yang demikian, bagi setiap PTJ adalah lebih dari seorang respondan dan tiada bilangan maksimum ditetapkan. Berikut disertakan link kajian dan link maklumat respondan untuk tindakan selanjutnya.

i) Link Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2023:  

 https://forms.gle/FPMVZComvmSCQAV36   

ii) Link maklumat respondan yang telah menjawab Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan (JANM Negeri Sembilan) Tahun 2023:

https://forms.gle/srGAT1DWd4Bz5HXA7

4.  PTJ yang berkaitan dikehendaki melengkapkan kedua- dua link yang dinyatakan di atas.

5. Segala kerjasama dan perhatian pihak  YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan  amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan JANMNS