Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada di atas.
2. Semakan Jabatan ini mendapati bahawa YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan masih belum mengemukakan Sijil pengesahan Baki dan Penyesuaian Vot, Terimaan, Deposit dan Amanah bagi bulan Januari 2024 - November 2024 seperti di lampiran A. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara di atas, pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan, boleh menghubungi pegawai berikut:
a) Sijil Pengesahan Baki Vot/Amanah - Pn. Mas Wasilah binti Karim (06-768 6835)
b) Sijil Pengesahan Baki Terimaan/Deposit - En. Jasmee bin Kasim (06-768 6830)
3. Bersama-sama ini dikemukakan Surat Peringatan Sijil Pengesahan Baki dan Penyata Penyesuaian Vot, Terimaan, Deposit dan Amanah bagi bulan Januari 2024 - November 2024 untuk rujukan dan tindakan segera pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan [KLIK DI SINI]
Sekian, terima kasih.